Monday 7 September 2015



Perniagaan merangkumi 9/10 punca rezeki. 

Rasulullah SAW bersabda :
"Hendaklah kamu berniaga kerana sesungguhnya sembilan bahagian dari rezeki berada di dalam perniagaan".(Riwayat Ibrahim al-arabi dari Na'im Ibn Abdurrahman) 

Kenapa Perniagaan?
Ada bermacam-macam punca rezeki di atas muka bumi hari ini, namun kenapa perniagaan yang kita pilih? 
Pertama: 
Perniagaan adalah sumber rezeki yang diredhai Allah. "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang Kepadamu".(an-Nisa':29)

Kedua: 
Perniagaan adalah pekerjaan terbaik selepas pembuatan/pengeluaran. Nabi SAW pernah ditanya:"Apakah pekerjaan yang paling baik di sisi Allah? Baginda menjawab:"Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap jual-beli/perniagaan yang mabrur (yang diredhai Allah)". (Riwayat Imam Ahmad dan at-Thabrani daripada Abu Burdah r.a)



No comments:

Post a Comment