Tuesday 10 September 2013

Setiap Ujian dan Dugaan Allah S.W.T itu Ada Hikmah Besar disebaliknya!

Assalamualaikum

Orang kata....Langit tidak selalunya cerah. Kadang-kadang mendung ianya tidak bererti hujan akan membasahi bumiNya...semuanya diluar kehendak kita.

Sejak akhir-akhir ni, terlalu banyak ujian yang berlaku to my kak long's family. Selepas 1 kejadian muncul lagi yang baru..

Bermula dengan :

1. anaknya kecilnya yang luka di kepala kerana ditimpa kayu ketika bermain hinggakan terpaksa dijahit hingga 10jahitan

2. my sis sendiri yang admitted di PPUM kerana dengue fever...

3. then dia diragut didalam kereta selepas menghantar anak ke rumah pengasuh... hopefully this is the last 1!

semuanya hanya berlaku didalam jangka masa 1.5bulan jer..memang sangat mendugakan.. hopefully my sis sabar dan tenang menghadapinya...sebabnya saya yakin pada firmanNYA

 “Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah 286).

    إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
    ’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Firman Allah menjelaskan bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.
Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.








BRSABAR...BERDOA..DAN TAWAKAL SERTA YAKINLAH ALLAH SENTIASA DENGAN HAMBANYA YANG BERSABAR...








No comments:

Post a Comment